A . Anggaplah teguran sebagai Hadiah Rabbaniyah
Tidak ada dosa dan kesalahan yang tidak mempunyai balasan . Semuanya akan dibalas oleh Allah swt , samada dalam kehidupan ini atau diakhirat kelak . Bayangkan jika dosa dan kesalahan berjalan berterusan tanpa terasa apa-apa , tanpa ada teguran dan tanpa ada peringatan , nescaya akan berlaku kerosakan yang banyak dalam kehidupan manusia .
Menggunungnya dosa dan kesalahan boleh menyebabkan tersumbatnya semua cahaya kesedaran .Orang-orang seperti ini bukan hanya tidak menemui pintu kesedaran , bahkan ia merasa bahawa dirinya sahaja tergolong orang yang mendapat petunjuk .
Maha Benarlah Allah swt dalam firman-Nya , "Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka . Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah , dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk . " (QS Al-A'raaf : 30)
Friday, December 18, 2009
Posted by Afiq Muhaimin at 2:45 AM 0 comments
B . Anggaplah teguran sebagai ungkapan sayang
Kadang-kadang agak sukar menterjemahkan sebuah ungkapan dengan timbangan yang jernih dan lurus termasuk dalam soal teguran . Kebiasaannya , orang yang menegur diterjemahkan atau dianggap sebagai lawan yang menyusahkan bahkan ia menjatuhkan .
Dalam timbangan akhlak Islam , nilai sebuah teguran adalah jauh dari anggapan tersebut , bahkan kalau kita melihat secara positif :
1:Teguran bukan untuk menyusahkan melainkan memudahkan .
2:Teguran bukan ungkapan marah apalagi permusuhan melainkan ianya adalah ungkapan sayang dan persaudaraan .
Rasulullah saw yang mulia pernah bersabda : Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik , iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan keadaan , saling menyedarkan satu sama lain dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan) . " (HR Ad Dailimi)
Teguran adalah ungkapan sayang yang sejati seseorang saudara terhadap saudaranya yang lain yang mungkin terjebak dalam suatu kesalahan . Cinta kerana Allah dan benci pun kerana Allah . Kalau bukan kerana cinta , mungkin ia tidak peduli untuk menegur kerana usaha itu terasa begitu berat .
Posted by Afiq Muhaimin at 2:37 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
C . Anggaplah teguran sebagai guru di medan .
Teguran tidak selalu berkaitan atau ada hubungan kait dengan dosa . Tidak selalunya berkaitan dengan sesuatu yang prinsip . Ada teguran yang memang sangat diperlukan ketika sesuatu yang bersifat teori cuba diimplementasikan ke bumi nyata dalam wilayah aplikasi .
Dalam hal berumahtangga misalnya, ketika belum memasuki alam perkahwinan , seseorang merasa sudah faham betul dengan hal ehwal rumah tangga setelah mendapatkan informasi dari buku , ceramah dan sebagainya . Tapi , ketika rumahtangga sudah menjadi kenyataan , semua perkara menjadi sungguh berbeza . Realiti kadangkala tidak selalunya bertepatan dengan dengan suasana ideal yang diimpikan .
Berlaku perbezaan disana dimana wujudnya konflik antara suami dan isteri . Sesuatu yang dalam teori begitu indah , tetapi ternyata begitu gersang dalam kenyataan dimedan . Tentunya , yang salah bukannya cita-cita idealnya tadi , tapi cara bagaimana menggarap dan mencapai tujuan impian itu yang belum benar-benar selaras . Disinilah , sesorang memerlukan teguran dan teguran ketika itu bertukar menjadi guru di lapangan realiti sebenar .
Posted by Afiq Muhaimin at 5:38 PM 0 comments
D. Anggaplah Teguran Sebagai Cermin Memperindahkan Diri .
Ego manusia sentiasa merasakan yang ia serba sempurna tanpa ada cacat cela dan titik noda malah semuanya dirasai bagus . Kalau ada orang lain yg menilai sedikit berbeza,pasti si penilai yg dianggap silap .
Begitulah juga yg boleh berlaku dalam diri seorang mukmin . Dengan penuh kepercayaan terhadap dirinya,
ia begitu yakin bahwa semua langkahnya sempurna tanpa ada kesalahan . Yang salahnya adalah jika adayg menganggapnya salah . Dari sudut pandangan Islam, manusia adalah tempat salah dan lupa . Jadi, akan ada sahaja kemungkinan kalau seseorang mukmin pon boleh jadi khilaf . Kalau seorang ulama' pun boleh salah dan seorang pemimpin pun boleh tersasar, jadi pada ketika itu, ia sangat memerlukan teguran sebagai cermin yang boleh menyedarkan dirinya .
Rasulullah s.a.w bersabda , "Seseorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain . Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya ." (HR Al-Bukhari)
Indahnya nikmat keimanan . Hati yang mulanya gelap menjadi terang . Bahaya dan penyakit yang bersarang disekeliling dirinya yang sebelumnya tertutup,boleh tersingkap dengan jelas . Kian nampaknya mana yang baik dan mana yang buruk dalam perkara apa pun termasuklah dalam pergaulan dan persaudaraan Islam .
Tiada manusia yang serba sempurna .
Ketika ini tidak ada manusia yang sempurna dalam segala perkara bahkan sentiasa sahaja ada kekurangan .
Boleh jadi :
1: Ada yang bagus dalam rupa paras , tapi ada kekurangan dalam gaya bicara .
2:Ada yang bagus dalam penguasaan ilmu , tapi tidak mampu menguasai emosi kalau ada singgungan .
Posted by Afiq Muhaimin at 5:26 PM 0 comments




